IKRAM Selangor

Piala Izzuddin Al-Qassam Aqsa Syarif Selangor

Piala Paintball Piala Izzudin Al-Qassam 2011

December 29, 2011

Gombak, 24 Disember 2011 – Sempena memperingati serangan kejam rejim Zionis Israel pada 27 Disember 2008, Aqsa Syarif Negeri Selangor dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Paintball Piala Pusingan Izzudin Al-Qassam bertempat di Rimba Harmonis Paintball, Gombak. Nama Piala Izzudin Al-Qassam pula telah diambil untuk memperingati seorang ulama’ Palestin, Sheikh Izzudin Al-Qassam yang telah syahid mepertahankan bumi Palestin pada tahun 1935.

Pertandingan ini bertujuan menanam semangat jihad di kalangan aktivis dan sukarelawan Aqsa Syarif di samping melatih suasana kerja berpasukan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya mengumpulkan 16 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita dengan lebih 150 peserta dari daerah-daerah Aqsa Syarif seluruh Selangor. Pertandingan dimeriahkan lagi dengan penyertaan satu pasukan daripada rakyat Palestin yang berada di Malaysia. Pelbagai senario perang telah diadakan termasuk menjatuhkan bendera Israel dan menegakkan bendera Palestin, menegak dan mempertahankan bendera Palestin serta operasi menyelamat tebusan dari kubu musuh.

Last Updated on Thursday, 05 January 2012 12:19

Read more...

 

After Blair's to Catholiticism, his sister in law say: I'am a Muslim

After Blair’s conversion to Catholicism, his sister in law says: I’m a Muslim
Posted by office on October 25, 2010 in Main, UK News - No comments
Lauren

Sumber: MAB online


It could certainly make family get-togethers interesting.
Tony Blair’s sister-in-law Lauren Booth has converted to Islam.

The former prime minister is also a religious convert – he became a Roman Catholic after leaving office in 2007.

Miss Booth, who is Cherie Blair’s half sister, decided to adopt her new faith after what she described as a holy experience in Iran.

She now covers her head with a hijab when she leaves home, has given up alcohol and visits a mosque ‘when she can’.

Read more...

 

Aqsa Syarif Dengan Kerjasama IKRAM Selangor anjurkan TOPS

YDP sedang merasmikan TOPS


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor

Sdr Zon Ariff sedang menyampaikan

cenderahati kepada PM Ust Hasanuddin

Sesi Bergambar Pelatih TOPS

SHAH ALAM – Pada Sabtu 10 Disember 2011 yang lalu bertempat di Dewan Exco Kerajaan Negeri Selangor Seksyen 7,  Aqsa Syarif Selangor dengan kerjasama IKRAM Selangor telah menganjurkan Training of Palestine Specialist Part-1 (TOPS-1). Seramai 141 orang peserta telah menyertai latihan ini dengan jayanya. Sekretariat Aqsa Syarif Subang Jaya sekali lagi telah diberi amanah untuk mengendalikan TOPS-1 pada kali ini.

Satu fakta menarik tentang penyertaan TOPS-1 ini adalah 85 daripada keseluruhan jumlah peserta adalah golongan pelajar. Ini menunjukkan kesedaran tentang keperluan penglibatan pelajar kerana mereka merupakan tonggak aktivis Aqsa Syarif pada masa hadapan. 11 daerah Selangor telah menghantar wakil. TOPS-1 kali ni juga disertai oleh 7 peserta dari Negeri Sembilan.
Objektif utama latihan ini adalah membentuk pasukan yang padu dan mantap bagi mencapai KPI yang diamanahkan disamping kecemerlangan pengurusan di setiap Aqsa Syarif Daerah di Negeri Selangor. Di samping itu, latihan ini dapat meningkatkan semangat jihad dan ingin berkorban para sukarelawan Aqsa Syarif di Selangor.

Last Updated on Thursday, 15 December 2011 13:26

Read more...

 

Page 1 of 31

KEPIMPINAN IKRAM SELANGOR

YDP IKRAM Selangor

Hj. Shamsul Ma'arif Bin Hj. Ismail

 

Timbalan YDP IKRAM Selangor

Hj. Mazmi Bin Kamal

 

Ketua Wanita

Prof. Madya Dr. Roohaida Binti Othman

 

Setiausaha

Hj. Ridzuan Bin Harun

HP: 019-2347101

 

Bendahari

En. Mohd Kamal Mohd Rathi

Waktu Solat

Langgan Untuk Artikel Terkini IKRAM Selangor

Masukkan alamat emel anda:

Dihantar oleh FeedBurner

Kalendar

loader